11 Jun 2009,Khamis,10.00am bertempat di Pusat Darah Negara ( tpt keja aku ler tue) telah berlangsungnyer satu majlis Kempen Menderma Darah anjuran Kump.Faber.Majlis berlangsung dgn meriah apatah lagi diserikan dengan kumpulan koir PDN ......hik...hik...hik....kerana aku terlibat skali dlm koir tue...............Kami menyanyikan 2 buah lagu Sedia Membantu & Megah di Mata Dunia. Lagu Megah Di Mata Dunia tue berasal dr lagu Standing In The Eyes of The World dendangan Ella & kami telah mengubahnyer mengikut kesesuaian majlis....jgn marah yer ella.....jgn tak tau dapat tepukan gemuruh tau.........tp kami terlupa nak suruh sesiapa rakamkan koir tue,sedihlah gak..tp x per sbb nnti ader 1 lagi majlis..so blh rakam lg kan....
Plak yg akan ditandatangani oleh Y.B Datuk Rosnah sekaligus merasmikan Kempen Derma Darah.
Haaa inilah wajah manis Y.B Datuk Rosnah memberikan berpatah2 kata.....sempat bergurau lg, dermalah darah bukan derma 'dara'.......
Sebahagian tetamu yg hadir.....nie kat blh blkg nie
Klik dr arah blkg jer yg smpt.....besarkan dewan auditorium kami....
Smpt gak klik2 aksi kwn2ku dr kiri Azman(macho la konon),Affendi,Zarmizi & Azuani.
Ha nielah sebahagian pasukan koir kami......mcm kump.nasyid kan !x der sponser nak wat camner....aper yg pasti pas nie kami dah ader sponser..........
klu nak tau I ler yg paling 'cun' & paling 'rendang' tue.....
Megah Di Mata Dunia nukilan Pasukan Koir PDN.
pahit getir hidup & pengorbanan
terpaksa dihadapi demi kehidupan
dididik sejak mula zaman remaja
tanpa berpaling kau perwira
dimana kau berada jasamu tak ku lupa dgn megah
c/o
kini megah dimata dunia
hanyalah setitis dr anda
keikhlasan menyinar di jiwa
membantu menyelamatkan nyawa
tiba masa kau melangkah gagah
bersemangat ke arah matlamat
sedaya upaya engkaulah wira
wahai penderma darah semua
harapan yg pernah terkulai layu
kembali segar mekar bwh bayanganmu
setiap manusia berhati mulia
namun x semua miliki tuah
engkau menghampirinya
kesempatan telah pun tiba......